23 July 2009

Lorong Kehidupan





Lokasi : Laluan pejalan kaki (susur gajah) antara bangunan sekolah di blok B dengan kantin sekolah.

Penggunaan Lorong: Jalan utama murid-murid yang berada di blok A dan B menuju ke kantin.

Objektif :
 Memberi informasi kepada warga SKTU 1 berkaitan kesan jika seseorang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
 Mendedahkan maklumat berkaitan permulaan kehidupan individu yang terjebak dengan najis dadah dan kemusnahan hidup bahagia yang telah dirasai.
 Memaklumkan kepada murid-murid bahawa penagih dadah perlukan bantuan daripada masyarakat untuk pulih.


Deskripsi :
Lorong ini merupakan jalan utama warga SKTU 1 terutama murid-murid, menggunakannya untuk pergi ke kantin. Sepanjang perjalanan ke kantin, murid-murid boleh membaca informasi yang direntangkan dilorong tersebut. Lorong ini dihiaskan dengan bunga kering sebagai daya penarik kepada murid-murid yang menggunakan lorong berkenaan kerana hakikat kehidupan setiap insan suka akan kecantikan dan keindahan. Dengan hiasan yang cantik menjadi pemangkin kepada murid-murid untuk lalu di lorong tersebut, seterusnya membaca maklumat yang terdapat di lorong itu. Tumbuhan hijau syang segar diletakkan di sepanjang laluan lorong sebagai simbol kehidupan manusia kepada alam nyata. Pokok yang segar akan menjadi layu , jika tidak dijaga serta tidak bermakna kepada sesiapapun di dunia ini umpama penagih dadah yang tidak mahu membaiki kesilapan diri atau kembali ke pangkal jalan.

Semua informasi disediakan dalam bentuk 2D yang mengandungi maklumat tentang jenis-jenis dadah, simpton dan tanda-tanda penagih dadah, suka duka kehidupan penagih dadah dan kesan daripada penyalah gunaan dadah serta agensi-agensi yang boleh membantu dan bantuan pemulihan di Pusat Kegiatan AADK. Lorong ini juga memaparkan gambaran hidup yang bahagia tanpa najis dadah.

No comments:

Post a Comment