20 October 2009

Lawatan Rombongan Alumni Petronas




Pada Hari ini 20 Oktober 2009, SKTU1 sekali lagi menerima pelawat daripada Alumni Peserta Anugerah PPDa/Sahabat Petronas dengan diiringi Pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru dan guru-guru SKTU1. Mereka telah menghadiri satu majlis gilang gemilang di Johor Bahru untuk menghargai jasa dan pengorbanan semua pihak yang terlibat dalam usaha membanteras dadah di semua peringkat.

15 October 2009

Panel Penilai Kebangsaan



Sekalung tahniah dan syabas kepada warga SK Taman Universiti 1 Johor Bahru kerana telah berjaya mempamerkan hasil dan komitmen yang terbaik dalam Penilaian Sudut Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Kebangsaan yang telah dijalankan pada 28 Julai 2009.

Rombongan panel hakim yang diketuai oleh En. Abdullah Sani Bin Abd. Rahman, Ketua Unit PPDa Jabatan Pelajaran Negeri Pahang telah disambut oleh En. Mohamed Shuhaimi Bin Ab Rashid, Ketua Unit PPDa JPNJ dan En. Kamarudin bin Yusop, Penolong Ketua Unit PPDa JPNj, Pegawai Khas PPDa Daerah Negeri Johor, warga sekolah, YDP PIBG dan jawatankuasa serta diraikan oleh lambaian mesra anak-anak daripada pra sekolah.

Bersama dalam majlis taklimat juga adalah En. Naim bin Bajuri Pegawai AADK Daerah Johor Bahru. Sesungguhnya, komitmen dan perkongsian pintar diantara semua pihak telah berjaya menunjukkan satu aspirasi yang jitu dalam memberikan hasil dan impak yang terbaik.
Bagi pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor, ucapan penghargaan ditujukan kepada semua pihak yang membantu secara langsung atau tidak langsung dalam kerja buat penghasilan Sudut Sumber PPDa SK Taman Universiti 1.

Senarai nama hakim yang terlibat dalam penilaian :

En. Abdullah Sani Bin Abd Rahman, Ketua Hakim - Ketua Unit PPDa JPN Pahang
En. Samsudin Bin Yusof, Pen. Ketua Hakim - Penolong Ketua Unit PPDa JPN Kedah
En. Mohd Noh Bin Murli - Ketua Unit PPDa JPN Selangor
En. Hanafi Bin Abd Aziz - Pegawai Khas PPDa PPD Kemamam, Terengganu
Tn. Hj Azlang Bin Mohamad Nor - Pegawai Khas PPDa PPD Segamat, Johor
En. Ariff Bin Ariffin - Pegawai Khas PPDa PPD Kulim, Kedah
En. Abd Rashid Bin Din - Pegawai Khas PPDa PPD Kinta Utara, Perak
En. Zubir Bin Harun - Guru Besar SK Felda Jerangau Barat, Hulu Terengganu
Tn. Hj Mohd Yusof Bin Mustapa - Pegawai Khas PPDa PPD Bachok

30 July 2009

Sudut Pohon Nilai Murni


Lokasi : Di bahagian pertemuan antara susur gajah dan kantin. Bersebelahan dengan Taman
Herba.


Objektif :
 Menjelaskan kepada murid-murid bahawa amalan nilai murni dapat membantu individu mengelakkan diri daripada perbuatan penyalahgunaan dadah dan menghisap rokok.
 Menggalakkan murid-murid membaca nilai dan amalan yang baik.
 Menambah keceriaan pemandangan supaya menarik perhatian murid untuk membaca.


Deskripsi :
Sudut Pohon Nilai Murni diilhamkan berdasarkan kempen kerajaan Kitar Semula dan berfokuskan kepada zaman sains dan teknologi. Penggunaan CD terpakai diaplikasikan memberi makna kempen Kitar Semula oleh kerajaan amat bermakna dan berguna. CD tersebut dapat memberi gambaran kepada murid mengenai penggunaan komputer. Penggunaan komputer dapat membantu murid mencari maklumat berkaitan dengan penyalahgunaan dadah. Selain itu, dengan penggunaan CD memberi impak kepada sistem pencahayaan yang mempunyai kaitan dengan kekuasaan Tuhan. Penerapan nilai murni bermula apabila ada pegangan dan kepercayaan kepada agama.

CD yang tidak berwarna, diwarnakan supaya menjadi cantik dan menarik agar memberi motivasi kepada murid-murid untuk membacanya dan mengetahui isi kandungannya. Tulisan yang dipaparkan boleh dibaca dengan jelas. Diharapkan pohon nilai murni ini kekal di minda murid dengan terteranya nilai yang dibaca akhirnya menjadi amalan mereka.

23 July 2009

Pelajar Mengambil Bahagian di Setiap Sudut

Lorong Kehidupan





Lokasi : Laluan pejalan kaki (susur gajah) antara bangunan sekolah di blok B dengan kantin sekolah.

Penggunaan Lorong: Jalan utama murid-murid yang berada di blok A dan B menuju ke kantin.

Objektif :
 Memberi informasi kepada warga SKTU 1 berkaitan kesan jika seseorang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
 Mendedahkan maklumat berkaitan permulaan kehidupan individu yang terjebak dengan najis dadah dan kemusnahan hidup bahagia yang telah dirasai.
 Memaklumkan kepada murid-murid bahawa penagih dadah perlukan bantuan daripada masyarakat untuk pulih.


Deskripsi :
Lorong ini merupakan jalan utama warga SKTU 1 terutama murid-murid, menggunakannya untuk pergi ke kantin. Sepanjang perjalanan ke kantin, murid-murid boleh membaca informasi yang direntangkan dilorong tersebut. Lorong ini dihiaskan dengan bunga kering sebagai daya penarik kepada murid-murid yang menggunakan lorong berkenaan kerana hakikat kehidupan setiap insan suka akan kecantikan dan keindahan. Dengan hiasan yang cantik menjadi pemangkin kepada murid-murid untuk lalu di lorong tersebut, seterusnya membaca maklumat yang terdapat di lorong itu. Tumbuhan hijau syang segar diletakkan di sepanjang laluan lorong sebagai simbol kehidupan manusia kepada alam nyata. Pokok yang segar akan menjadi layu , jika tidak dijaga serta tidak bermakna kepada sesiapapun di dunia ini umpama penagih dadah yang tidak mahu membaiki kesilapan diri atau kembali ke pangkal jalan.

Semua informasi disediakan dalam bentuk 2D yang mengandungi maklumat tentang jenis-jenis dadah, simpton dan tanda-tanda penagih dadah, suka duka kehidupan penagih dadah dan kesan daripada penyalah gunaan dadah serta agensi-agensi yang boleh membantu dan bantuan pemulihan di Pusat Kegiatan AADK. Lorong ini juga memaparkan gambaran hidup yang bahagia tanpa najis dadah.

Warga SKTU1 bertungkus lumus menyiapkan sudut

Pecahan Mengikut Jenis Dadah